Friday, April 19, 2013

Program Nilam-Aktiviti Rakan Pembaca

Program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca terdiri daripada dua peringkat.
Peringkat Pertama
Tahap Jauhari dalam Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca.
Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari

Bilangan Buku Yang Dibaca                 Pengikhtirafan
90 – 179 buah buku                             Gangsa
180 – 269 buah buku                           Perak
270 – 359 buah buku                           Emas
360 buah buku ke atas                         NILAM

*Pelajar yang telah membaca 100 buah buku dan ke atas layak ke Peringkat Kedua.


Peringkat Kedua
Tahap Rakan Pembaca dalam Program Nilam pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca.

Ciri-ciri Tahap Rakan Pembaca
-mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca

-fokus kepada kebolehan pelajar untuk membimbing serta menarik minat pelajar lain supaya turut minat
 membaca.

-syarat penyertaan adalah seseorang pelajar telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku dalam
  Tahap Jauhari.

-Aktiviti Tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti Rakan
  Pembaca

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi Tahap Rakan Pembaca
Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pendengar 5 orang atau lebih.
Dianugerahkan 5 markah

Baca Bersama – di mana pelajar RP membimbing sekumpulan 5 atau lebih pelajar membaca sesebuah buku. Pelajar RP perlu ada idea isi-isi utama dalam buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.
Dianugerahkan 5 markah

Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan buku yang telah dibacanya kepada 5 orang atau lebih rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.
Dianugerahkan 5 markah

Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan 5 atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah

Bicara Buku - di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak. Melibatkan 5 atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah

Debat Buku - di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku itu. Pertukaranpendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah. Melibatkan 5 atau lebih ahli kumpulan
Dianugerahkan 5 markah

Pidato (public speaking) – di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu. Melibatkan 5 atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah


Sistem Ganjaran RP
Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam Buku Nilam Tahap Rakan Pembacayang boleh dibeli dari Pusat Sumber. Sesi yang diadakan akan disahkan dan diberi markah oleh guru-guru pembimbing rakan pembaca. Pemberian markah adalah seperti berikut:

MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-199         Gangsa

200-299         Perak
300-399         Emas
400 ke atas     NILAM

No comments:

Post a Comment